Thursday, 17 September 2015 | 17:39 | 0 comments
HOW TO IMPROVE ENGLISH ?
kita selalu berfikir bahawa jika kita telah lemah dalam subjek tu akan lemah selamanya.. hmm, itu laa yang manusia akan berfikir begitu juga saya.. tapi disini saya mahu beritahu bahawa kita perlu mengubah mindset kita tu ke arah yang lebih positif.. :') Saya bukanlah hebat sangat dalam English nie, tapi saya mau share supaya kita sama-sama dapat memperbaiki English kita ^^
| 17:15 | 0 comments
SOALAN 1 : RUMUSAN (SPM)
"Kepentingan-kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia dan usaha-usaha untuk memantapkannya"
Petikan membicarakan maslahat-maslahat Bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa kini.
Antaranya ialah berpotensi dalam mengekalkan dan mengukuhkan jati diri warganegara yang lebih patriotik. Selain itu, bahasa Melayu memainkan peranan penting sebagai alat perpaduan bagi neagar berbilang kaum. Seterusnya, bahasa Melayu merupakan lambang utama bagi negara Malaysia. Akhir sekali, kepentingan bahasa Melayu dapat memajukan perdagangan dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
Rakyat Malaysia juga perlu memainkan peranan penting dalam mengusahakan dan memantapkan bahasa Melayu. Pelajar perlulah menanam minat yang tinggi dalam mempelajari bahasa Melayu dan tidak merendahkannya. Selain itu, guru juga perlu dalam tidak membeza taraf bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Seterusnya, pihak media seharusnya menghasilkan animasi berbahasa Melayu agar lebih banyak kanak-kanak lebih menggemari bahasa Melayu. Usaha terakhir ialah peranan yang perlu diambil oleh kerajaan yang sepatutnya menjalankan program kem Bahasa Melayu seperti cara bersajak, berpantun dan berpidato.
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah peka akan kemaslahatan bahasa Melayu agar tidak pupus ditelan zaman.
P - 2
T - 8
S - 8
K - 2
B - 8
( 28 markah / 30 )For The First Time In Forever ~
Monday, 15 December 2014 | 23:27 | 0 comments